Friday, 15 July 2011

15 Julai 2011

Hari ini hari jumaat.Saya akan bercerita lagi tentang puteri kesayanganku.Blog ini sebenarnya adalah untuk mendapatkan apa2 idea atau pendapat tentang apa yang ku coretkan.Kisah Syakirah sebenarnya terlalu rumit,macam susah nak percaya...betul.Syakirah dilahirkan di Hospital Segamat,Johor.Bayangkan selama aku.....lebih selesa dibahasakan 'aku'...diawasi oleh dr pakar semasa mengandung dan pd hari melahirkan telah tersalah langkah!Telah buat silap yg tak boleh dimaafkan..Pernah dengan darah Rhesus Negatif( -).      A negatif jenisnya.jarangkan.Tetapi sebelah bapaku ramai yg berdarah negatif.Segalanya bernula disini.Selepas melahirkan Syakirah aku telah ditempatkan di wad yg ada 2 katil.percaya tak ,jiran sebelah katilku bernama HANIZA BINTI HARUN,seorang guru ,sama dengan namaku ..sama dengan pekerjaan ku.Kuasa tuhankan.ari kedua aku telah di discharge oleh dr.pakar yg biasa merawataku semasa mengandung.

hairankan.aku dimaklumkan akan berada d hospital seminggu untuk pemerhatian kerana darah negatif.tetapi DR.TELAH TERSALAH DISCHARGE.Sepatutnya ckg.Haniza dari Gemas tu yg nak keluar.Bermula dari tindakan itu anak aku telah menjadi cacat seumur hidup.kalau boleh aku teringin nak jumpa ckg tu.Sape2 yg ada pengalaman atau maklumat tentang Rhesus Negatif atau anak cebera palsy ,tlg bagi maklumat.
Selamat malam dan kisah ini akan disambung lagi...

Thursday, 7 July 2011

Tuesday, 5 July 2011

Malam..

Suasana malam yg agak hangat...rimas...apapun yang salah bukan cuaca kan?yang empunya rumah yg salah buat rumah tp x ada ruang angin keluar masuk.angin panas dan angin sejuk tak dapat berfungsi.Apapun malam ini aku mulakan tugasan  menjadi siswi pjj.nampak mudah tapi banyak masa kena tumpukan dengan ICT ni...download bahan ,cari kawan dan kerja rumah dah tak dan nak ligan.Ingatkan puteriku.Nurul Syakirah Husna.lepas makan dah tidur...alhamdulillah.Putera comel pun dah ngantuk nak tidur.Apa lagi...good night.

Monday, 4 July 2011

Salam .

malam ini nak mulakan aktiviti mencari bahan untuk kuliah.tak berape nak sempat la.malam lagi sibuk.Nak masak,nakbasuh baju,sidai baju,urus anak2 terutama puteri kesayangan yang perlu perhatian 24 jam.Sekarang puteriku dah tidur..tp mataku pula dah ngantuk.
sebenarnya banyak kisah yg ingin sy kongsikan ..tapi ape pun selamat malam aje lah ..letih ni.jumpa di lain waktu

Sunday, 3 July 2011

Sajak

Sukakan perkataan ini.Ini adalah minat saya sejak sekolah tetapi keadaan yang tidak mengizinkan saya aktif menulis sajak semula.Ada beberapa sajak yang masih ada dalam simpananku.Tentang kenangan arwah abah,sajak semasa puteri ku sakit tenat....hingga bonda telah memarahi aku.

Adik
Adik,
tatkala ummi menenangkanmu
airmata
bergenang di kelopak mata
tak ku sedar
ia gugur dengan sendiri.

Adik,
Ummi terlalu mengharap,
adik menjadi insan
sesempurna lahirmu,
hancur hatiku,dikala melihat
hanya kau seorang
menanggung kesakitan
menentang derita
tiada ubat untuk merawat,
sakit
entah dimana letaknya,
tenang
dimanakah puncanya.

Adik,
Pernah jua terdetik di hati ummi,
Agar jika Allah lebih sayangkan mu,
Ummi redho,
tak sanggup ummi menatap
kekasih comel ummi
menanggung derita
seorang diri.

Adik,
Maafkan perasaan ummi,
ummi selalu rasa bersalah,
ummi selalu memikirkan,kesudahan apa?
sampai bila?

Adik,
Semasa lahirmu,ummi pertaruhkan nyawa
adik sebagai ganti
menyambung diri ummi,
melihatmu diatasku,terasa sakit
hilang tiba-tiba.

Adik,
Kuatkan semangatmu,ummi berdoa,
moga bahagia menanti adik .
di dunia dan
diakhirat sana .


Ummimu,
12.06.2003.
Chenderawasih,Pahang Darulmakmur.

ini adalah luahan hati yang tertanggung...bayangkan aku telah dimarah oleh bondaku.Semuanya hanya sajak ini untuk puteri sayangku..Nurul Syakirah Husna.Sebenarnya saya menulis di blok ini adalah untuk mencatatkan coretan dan peristiwa tentang Nurul Syakirah Husna.Saya ingin kongsikan suka duka , betul salahnya cara kita atau sesiapa....ada hikmahnya.Ada dosa dan pahalanya.Ada baik dan buruknya.Tapi saya redha.....setiap yang ditentukan....hanya Allah yang tahu HikmahNya.Amin.
Jumpa lagi.

Salam sayang

Hari yang indah,sepanjang hari cuaca mendung dan hujan telah turun.risau sangat kalau-kalau banjir ...

Friday, 1 July 2011

selamat malam

hari ini kuliah pertama aku akan bermula....2 Julai 2011.aku bergelar mahasiswa di IPD Kampus Darulaman.Kita berjumpa lagi